
E1Belajar Lagi..? (1)
2011-03-12
After being reminded by a commercial on the TV, Upin & Ipin start their preparation for a new school year by making sure their uniforms and pencil boxes are still usable. They ask for Kak Ros to replace their torn pants and dirty shoes, but Grandma sews the pants and Kak Ros teaches the two how to polish their shoes.
E2Belajar Lagi..? (2)
2011-03-12
Upin, Ipin and their friends are shocked to find a nicely decorated new classroom. The classmates scramble to pick out their new seats, but Miss Jasmin decides to assign each student´s seat herself. She distributes their new books after speaking to the students.
E3Belajar Lagi..? (3)
2011-03-12
During the first day of school, Miss Jasmin splits the students into three groups and holds a game of charades. Back at home, Kak Ros helps Upin & Ipin wrap their new books.
E4Terbang Tinggi-Tinggi (1)
2011-06-04
Tok Dalang mengajar Upin, Ipin dan kawan-kawan membuat layang-layang. Mereka semua dapat membuat sehelai layang-layang untuk diri masing-masing, kecuali Mail yang mengambil kesempatan untuk mencari barang niaga baru dengan membuat puluhan layang-layang untuk dijual kepada orang ramai. Tok Dalang berpesan supaya mereka pergi ke kawasan lapang untuk bermain kerana kawasan perumahan di kampung ada gantungan dawai elektrik yang membawa padah jika layang-layang tersangkut.
E5Terbang Tinggi-Tinggi (2)
2011-06-04
Di tengah keseronokan bermain layang-layang, Fizi mengambil kesempatan untuk beradu layang-layang siapa lebih tinggi bersama Ehsan, sehingga Ehsan terleka dan kehabisan benang, hingga layang-layangnya pun melayang. Tiba-tiba, seekor burung yang terlanggar layang-layang Fizi lalu terjatuh dari langit. Maka mereka semua berhenti bermain lalu membawa burung itu cepat ke Tok Dalang untuk dirawat. Keesokan hari, Tok Dalang membuat layang-layang baru untuk Fizi dan Ehsan.
E6Terbang Tinggi-Tinggi (3)
2011-06-04
Pada hari kemudian, Upin dan Ipin ke rumah Tok Dalang untuk menjenguk wau barunya dan burung dari kelmarin. Dalam cubaan melihat burung itu dari dekat, Ipin terjatuh dari bangku lalu merosakkan wau itu. Untuk mengubati kesedihan Tok Dalang, Upin dan Ipin bertungkus-lumus untuk membuat wau baru, tapi kemudian mereka dibantu oleh Tok Dalang sendiri. Selepas itu, Tok Dalang membawa mereka ke Pertandingan Wau untuk menerbangkan wau bulan buatan mereka bertiga.
E7Tersentuh Hati (1)
2011-06-11
Upin dan Ipin mencuba batu kisar tradisional setelah memerhatikan cara Opah mengisar kacang dengan alat itu, tetapi leka hingga bermain serbuk kacang. Selepas ditegur dan disuruh mandi oleh Kak Ros, mereka berdua berlumba-lumba ke arah bilik air sehingga Ipin, dengan tiba-tibanya tersandung pada ambang pintu dan jatuh sampai terluka.
E8Tersentuh Hati (2)
2011-06-11
Dengan kecederaan di kaki kanannya, Ipin tidak dapat bersekolah atau bermain di luar. Kawan-kawannya tumpang simpati dan menziarahi Ipin dengan membawa makanan khas untuknya. Akan tetapi, dengan kecederaan itu, Ipin menganggap diri sebagai 'tuan' dan memperhambakan Upin untuk mengambilkan dia benda-benda yang dihendaknya, apatah lagi melarang Upin menyentuh makanan yang dibawa oleh kawan-kawannya itu. Hal ini menimbulkan ketegangan antara Upin dan Ipin buat seketika tetapi akhirnya reda juga.
E9Tersentuh Hati (3)
2011-06-11
Walaupun kaki Ipin belum sembuh, namun Upin tetap membawanya keluar untuk bermain. Kawan-kawan mereka berpakat untuk bermain sorok-sorok tetapi kelumpuhan Ipin nyata mencacatkan keseronokan bermain. Oleh itu, Ipin terpaksa berehat di pondok dengan rasa jemu sementara yang lain-lain bermain dengan gembira. Akan tetapi, Ipin menyambut kehadiran seorang pengguna kerusi roda yang lumpuh seumur hidup dan memberikan nasihat kepada Upin, Ipin dan kawan-kawannya tentang betapa bernilainya tubuh badan mereka dan kepentingan keselamatan.
E10Ikhlas dari Hati (bhg 1)
2011-08-06
Ketika tercari-cari kartun kegemaran mereka dalam intisari rancangan dalam akhbar, Upin dan Ipin ternampak huruf-huruf besar pada muka hadapan surat khabar yang memperihalkan kejadian tanah runtuh. Selepas itu, mereka bermain capteh dengan kawan-kawan apabila mereka terlihat kepulan asap yang berpunca dari rumah yang terbakar. Keesokan hari, barulah mereka tahu bahawa yang terbakar sampai ranap itu rumah Ijat!
E11Ikhlas dari Hati (bhg 2)
2011-08-06
Upin, Ipin dan kawan-kawan melawat Ijat di rumah bapa saudaranya untuk bertumpang simpati. Pada waktu sekolah yang tidak dihadiri oleh Ijat yang meratapi kehilangan tempat tinggal, datangnya seorang tetamu istimewa bernama To' Wan yang berucap kepada murid-murid betapa bernilainya wang walau syiling 10 sen pun kepada orang yang memerlukan.
E12Ikhlas dari Hati (bhg 3)
2011-08-06
Ihsan ilham daripada ucapan To' Wan itu, Upin dan Ipin bercadang untuk mengadakan kutipan amal untuk Ijat sekeluarga. Dalam usaha murni itu mereka tidak gentar berdepan dengan warga yang tidak prihatin mahupun cuaca yang tidak mengizinkan, tetapi itupun sampai mengabaikan kesihatan diri. Setelah mereka berdua jatuh sakit, kawan-kawan mereka dan Kak Ros juga menyambung usaha mereka. Pada hari Ijat kembali bersekolah, dia dikejutkan dengan hadiah dan dermaan ikhlas daripada semua rakan-rakan sekelasnya.
E13Kuih untuk Opah (bhg 1)
2011-08-13
Aidilfitri bakal menjelang, Kak Ros meminta Upin dan Ipin untuk membeli ramuan untuk dibuat kuih-muih sempena Hari Raya. Akan tetapi, perhatian adik-beradik kembar itu dialih oleh keasyikan mereka untuk bermain (mujurlah duit untuk membeli barang lupa diserahkan), dan kereta baru Salleh.
E14Kuih untuk Opah (bhg 2)
2011-08-13
Atas desakan Upin, Ipin dan kawan-kawan, Salleh membawa mereka ke berjalan-jalan dalam kereta Proton Exora barunya ke sebuah pekan di mana si kecil itu menyaksikan beraneka tempat dan benda yang tidak pernah dilihat oleh mereka di kampung. Akan tetapi, gelagat si kecil kadang-kadang membuat Salleh hilang tumpuan sehingga nyaris kemalangan.
More like this
Picked because they share genre and era with Upin & Ipin
Starring Nur Fathiah Diaz
Other titles featuring this actor






